Subscribe RSS

neversay good bye...

3

Tigeee...
Senyum lah anda kerana senyuman itu sedekah yang amat mudah. Bila anda senyum juga anda akan berasa tenang. Ia juga dapat mengubat hati yang gundah. Senyum lah dari hati ke hati. Senyum lahhhhh =)

Category: | 0 Comments

Sedih dihatiku
Bila bunga
Di petik Orang Ditaman
Walaupun Kujaga dan Ku siram jaga kembangnya.
Si kumbang merana pada bunga
Bunga nya Entah dimana
Moga ia kembali ke asalnya
Yang Suci Abadi
Patah hati merupakan suatu perkara yang biasa kita rasa mungkin. Tapi sejauh mana kita cuba atasinya. Mainan perasaan sering membuat kita terganggu bukan dari segi fikiran tapi juka kelakuan. Kerana itulah jaga2. DARI PANDANGAN MATA.... =)

Category: | 0 Comments

Apa yang membuat anda terasa sakit. Sakit ada bermacam sakit. Sakit hati, sakit jiwa, sakit badan, sakit yng berpenyakit dan pelbagai lagi.
Sakit merupaka alasan yang membuat kita tidak berasa bahagia. Sakit sebenarnya perlu di ubati sebelum menjadi parah. Tidak kira lah samada Sakit itu datang nya dari segi rohani atau pun dari segi fizikal. Walaupun kita tahu sebenarnya sakit rohani lagu sukiar untuk diubati. Walaupun sakit orang tidak nampak kecualli dari pandangan mata.
Pernah atau tudak anda dengar pepatah yang mengatakan bahawa Luka hati tidak nampak. atau pun ada lirik lagu yang berbunyi walaupun aku pernah dibpukul dengan belati tajam tidak pernah aku merasa pedih seperti yang ku rasa kan ini.
Rawatlah hati dan kesakitan itu kerana anda perlu untuk berjuang walau dalam kesakitan.

Category: | 0 Comments

Kahwin, kahwin,kahwin...

Dalam alam percintaan pasti dalam sudut hati ingi akhiri dengan pernikahan. Benarkah perkahwinan mampu membuat diri kita menjadi bahagia.
Sebenarnya kebahagiaan itu datang dari diri kita sendiri bukan dari ikatan perkahwinan itu.
Malh perkahwinan yang sebenar dan nenjanjikan kebahagiaan bila kita sentiasa ikhlas dan ada persaan saling memaafkan antara satu sama lain. ditambah lagi dengan sikap toleransi dan bertegur.

Perlu diingat zaman sekarang bukan seperti dulu. Jangan disalah tafsirkan erti perkahwinan.

Category: | 1 Comment

Wow apa yang membuat kan anda berkata begitu..ermmm...boleh dikongsi? sebenarnya sifat ini yang menunjukkan kita kagum bukan pada sesuatu itu. Apa-apa pun kekadang bila kita berasa kagum ia boleh membuatkan kita berasa tercengang seketika mungkin ataupun kekadang ia juga hanya satu perkataan yang terpacul dari mulut tanpa merasa apa2 yang membuat anda tergamam.

Category: | 0 Comments

Semau orang perlu berasa runsing. runsing merupakan suatu perkara yang membuat diri kita bertindak kekadang diluar kemampuan. Ada juga yang boleh menbuat diri kita menjadi serba tidak kena dan mungkin ada juga yang membuat diri jadi pendiam.

Berbalik pada mengapa kita perlu berasa runsing. Runsing sebenarnya dapat juga memberi kesan positif, contohnya,jika anda seorang pelajar anda perlu berasa runsuing pada pelajaran anda mungkin kerana keputusan yang tidak memberangsangkan ataupun runsing kerana tidak dapat capai target yang di inginkan. Jika anda seorang ibu atau bapa pula, anda perlu juga bersa runsing dengan nasib anak anda. Bagaimana hidupnya nanti jika pendidikan yang sewajarnya tidak diberikan. Bagaimana hidupnya nanti jika anda telah tiada andainya anak anda seorang yang manja.

Befitu juga pada guru, kepada seorang yang bekerjaya. Semua orang perlu berasa runsing kerana ia membuat kita terfikir. Mahu[un begitu runsing yang me;ampau membawa padah. Seharusnya tiap benda memerlukan keseimbangan .
Oleh itu tidak salah jika andfa bersa runsing kerana kebaikan dan kena pada tempatnya.

Category: | 0 Comments





Category: | 0 Comments


Beberapa penemuan saintifik melalui berwuduk: 1) Apabila air dingin melalui tueri.buh yang letih ia mampu melancarkan peredaran darah membuatkan tubuh lebih segar. 2) Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus. 3) Berwuduk diwaktu pagi meningkatkan produktiviti hormon estrogen sekaligus meningkatkan tahap kesuburan. 4) Boleh memperbaiki jaringan kulit dan membuat kuku lebih sihat dan kuat. 5) Air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion2 negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah lebih cerah dan berseri.

Category: | 0 Comments

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri =)

Kita sering berbicara, mengungkap kata, meluahkan rasa... sejauh mana si pendengar percaya dengan kata-kata itu. Sejauh mana pula ada benarnya pernyataan itu.

Kita tahu kebenaran kekadang boleh dilihat melalui raut muka, body language, lirik mata mahu pun posture badan. Namun ini semua tidak menentukan lagi sepenuhnya benar kata-kata itu.

Dengar kata hati bukan juga caranya kerana bukan semua individu boleh gunakan kata hati. Jadi bagaimana??

Terserah kerana anda punyai akal untuk berfikir secara rasionalnye =>


Category: | 0 Comments

Ku langkahkan kaki ini
Dihangat mentari pagi
Kusyukuri hari ini
Aku masih Berdiri

Dan
Aku mulakan jalannya keranaMu

Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selagi jantung bergetar
Selama itu

TAK KAN BERHENTI
BERLARI MENGEJAR MIMPI
TERUS BERLARI
AGAR HIDUP INI BERERTI

Dengarlah teman
Slow kan hiburan
Janganlah kita asyik berlawan
KITA SEMUA KAWAN
TIDAK BOLEH BERLAWAN
KALU KITA RANCANG KITA KAN KETINGGALAN
Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersama hayati puisi ini
JANGAN DIFIKIRKAN RESAHNYA DIHATI

Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi
Tak perlu kau ragu
Segala-galanya pasti berlalu
Mentari kan muncul Mendung kan berlalu

Suka duka
perkara biasa
Kita pasti rasai pada bezanya waktu
Bila berlari
Kenalah berstrategi
JANGAN IKUT HATI
IKUT HATI NANTI MATI

Biarlah terlambat atur jalan cermat
Baik-baik langkah
Hati-hati bawa diri

Dan
Aku mulakan jalannya keranaMU

Category: | 0 Comments

Hendak difikir-fikirkan lagi tiada guna. Hendak ditangis suadah tidak terkeluar air mata. Cuma mulut saja yang mampu meluahkan tentang perasaan sedih ini. Sedih bukan sahaja membuatkan diri didalam kemurungan tapi ia juga meletakakn diri kita dalam situasi yang pedih hendak dilalui. Bagaimana kita dapat keluar dari situasi ini?

sempoi...
1) Buat xtau n try berhubung dengan seseorang
2) Ambik air sembahyang
3) Tido
4) Layan n menangislah sepuasnya hanya untuk kali ni saje
5 ) Buat kerje yg kite suke

Kita bukan anak kecil yang baru kenal erti hidup.Sudah banyak kita lalui. kenapa kita perlu bersedih berhari-hari.Hidup adalah kitaran. Tiap kesedihan pasti hadir juga senyuman.

Category: | 0 Comments

Tidak semua orang diciptakan fikiran yang sempurna seiring dengan umurnya... apa yang ingin di coretkan disini lebih merujuk pada sikap remaja yang telah sedia maklum kita ketahui bahawa lebih cenderung mengikut perasaan dari akal fikiran. Kita tahu remaja berdarah muda dan mudah memberontak. Ia juga sangat sensetif sehingga kekadang kata-kata yang keluar,perlakuan yang ditunjukkan tidak wajar ditonjolkan.

Sebenarnya hal ini boleh diatasi jika individu itu sendiri sedar DIMANA LETAKNYA DIRI KINI... bukan seorang kanak-kanak yang tahu erti keinginan mesti dipenuhi, bukan seorang perwira yang mahu semua orang tahu kehebatan diri dan bukan seorang pendeta yang mana semua kata-kata perlu dituruti tanpa mengambil pandangan orang lain.

Berfikirlah dan renungkanlah,adakah apa yang kita lakukan dan tindakan kita sehala dengan peredaran umur yang hakiki. Bertindak matang lebih menjadikan diri kita seorang yang dianggap profesional...tidakkah anda ingin rasa begitu?

Category: | 0 Comments

ermmmmmm....haaaaaaaaaa...merupakan dengusan keluhan yang kerap kali didengar. Dalam agama islam sendiri telah menyatakan tidak elok seseorang itu mengeluh. Bukan sahaja menunjukkan individu itu hampir berputus asa malah ia juga menggambarkan sifat yang ada dalam diri kita. Seharusnya keluhan itu digantikan dengan rasa mengapa perlu kita lakukannya, perlukah keluhan itu?

Aduhai insani, janganlah kalian berasa letih dan kecewa dengan apa yang terjadi kerana Tuhan telah menetapkan sesuatu yang bermakna dalam diri sejak azali. Dia tahu apa yang mampu kamu lakukan dan apa yang tidak layak kamu lalui....oleh itu terimalah sedarlah bahawa kamu telah diciptakan bukan untuk melahirkan rasa rungutan tapi perlunya sifat kesyukuran kepada Nya. Apatah lagi kita adalah satu-satunya makhluk yang dikurniakan akal.

Category: | 0 Comments

Category: | 1 Comment



SEnYUUUMMMM.....

Category: | 0 Comments



Apa yang anda perolehi setelah anda lihat apa yang keluar dari bunga ini...semoga ia sedikit sebanyak membantu anda untuk berfikir mahupun sedikit senyuman

Category: | 1 Comment

Setelah pelbagai perkara dilalui dalam melalui liku hidup ini,kekadang kita tertanya mana jalan harus kita mulakan sebagai langkah pertama,lebih-lebih lagi tika kita berada dalam situasi sedar dari kesilapan lalu, mahupun tika kita berada dalam keadaan konflik. Sebenarnya perkara ini bukan lah terlalu sukar untuk diselesaikan.
Pertama:
Bijak mencari seseorang untuk kenjadi pendengar dan yang kita percaya boleh membantu memberi pandangan terhadap diri kita.
@
Kedua :
Melalui sifat tawakal atau berserah. Bermakna jika anda mulakan langkah ini,ini adalah yang pasti. Jadi untuk apa and masih tertanya dengan pertanyaan ini. Yakinlah kerana sifat ini membuat anda berada dalam alam nyata dan apa yang anda inginkan.
@
ketiga :
Lakukan ibadah seperti solat istiharoh pada tiap malam.

Category: | 0 Comments

Category: | 0 Comments


Setiap manusia didunia ini mempunyai kepercayaan yang tersendiri terhadap penciptaNya. Sesungguhya, kebahagiaan dan kedamaian itu juga wujud tika kita semakin hampir padanya. Walaupun ada yang mengungkapkan bahawa semakin dekat padanya semakin kuat dugaan yang kita lalui. Itulah lumrah kehidupan. Bukti tanda kasih Nya Dia terhadap hambanya...dan perkara ini jua lah yang dikatakan dalam mendapat kan ketenangan rohani..

Category: | 0 Comments





Perlukah mereka dalam hidup kita? Jawapannya sudah pasti ia.Sedangkan Allah sebagai Pencipta telah menjadikan setiap yang hidup ini berpasangan. Secara hakikatnya kita tidak menyangkal kadangkala mereka ini juga perlu untuk menjadi pendokong kita untuk terus hidup. Buktinya, kejadian kes bunuh diri setelah kehilangan kekasih. Murung dan stress kerana si dia tidak menjawab panggilan dan sebagainya. Sebenarnya mereka ini hanyalah sampingan dan perlu pada seseorang yang sudah cukup akal fikiran,matamg dan tahu baik buruk nya hidup berpasangan. Aptah lagi jika ia dikatakan sekadar untuk berhibur, ini amatlah bercanggah dalam memcari erti nikmat bahagia dalam hubungan itu. Kerana hidup ini perlukan tujuan. Untuk apa anda inginkan pasangan jika anda sendiri tidak mengerti pentingnya ukhwah tersebut. da tidak tahu kemanakah arah tujuan hubungan itu di jalinkan...Renung-renungkan kerana ia juga antara penentu kebahagiaan anda akan datang.

CARI-CARILAH PASANGAN HIDUP BETUL-BETUL OH KAWAN
BAHGIA BERSEMI HIDUP PASTI AKAN HARMONI =)

Category: | 0 Comments





Category: | 0 Comments



Selain keluarga kita juga perlu mencari seorang yang dapat menemani suku duka kita. Iaitu sahabat. Sahabat,teman,rakan dan kawan masing- masing mempunyai persepsi yang berbeza. sahabat adalah perlu terutama pada selain keluarga. Kita sudah pasti tidak dapat menjalani hidup ini dengan realitinya tanpa hadirnya seorang sahabat. Oleh itu wajarlah dalam mencari erti kata sahabat yang sebenar amat diperlukan agar menjadikan hidup ini lebih indah dan bahagia...

Category: | 0 Comments






Kebahagiaan yang hakiki juga boleh di kata kan ia bermula dari orang yang paling rapat dengan kita. terutama ibu dan ayah Adik beradik juga tidak boleh dilupa. Seperti adik beradik, seanadainya hubungan yang akrab dan baik tidak berlaku, pada siapa lagi kita mahu mengadu dan menumpang kasih sekiranya sudah ketiadaan ibu dan bapa. Jika selalu orang sering berbicara tentang penting ibu dan ayah..mengapa kita tidak memikirkan sedalamnya penting nya,kakak,adik dan abang kandung sendiri. Walaupun kita sedar bahawa, tidak semua orang mempunyai adik beradik =)

Category: | 0 Comments

Geram...Marah..Buntu..seringkali membuat kan diri kita terasa tertekan dan resah. Apa yang lagi membahayakan sehingga membuat kan diri berada ditahap hyperdispression... murung..menangis sendiri pasti akan jadi teman sepanjang keadaan itu.

Keadaan ini seharusnya segera diatasi. Jika tidak satu kerja pun tidak menjadi. Bagaimana caranya?? Tenangkan fikiran dan kosongkan fikiran seketika... fikirkan satu persatu apa dan mengapa..luangkan sedikit masa bersama rakan untuk ketawa atau meluahkan apa yang anda runsingkan.

Sebenarnya, kekeliruan yang menyebabkan tekanan itu jika dikupas satu persatu sesuatu yang indah pasti terlihat.

Category: | 0 Comments

sesibuk manakah diri anda? realitinya samada anda seorang pelajar mahupun sudah bekerjaya...ruang masa terletak di tangan anda sendiri. anda inginkan masa lapang atau tidak..terserah..anda yang menentukannya...

buktinya:
situasi 1="due date untuk submit lame lg..relax laa"
situasi 2="sehari skali untuk siap nie..bleh la"
situasi 3=" dah berape hari bertungkus lumus...rehat la jap"

Dimana situasi anda? ruangkan lah sedikit mase untuk diri anda kerana diri anda juga ingin dihargai dari diri anda sendiri...tp jgn terlebih pulak ye...penyakit M pula yg datang nanti

Category: | 1 Comment

Kebahgiaan dapat juga bermula apabila kita merasai ketenangan. ketenangan dapat dirasai samada dari faktor luaran atau dalaman. Faktor luaran boleh didapati melalui aktiviti riadah seperti pergi bercuti di tempat yang sesuai dengan keinginan jiwa anda. Malah ia juga boleh dirasai apabila anda berada dalam dakapan orang yang anda sayang.

Dari segi dalaman ketenangan boleh didapati melalui aktiviti ibadah, seperti melalui doa. Selain itu, melalui yoga, luahan perasaan pada sesuatu atau seseorang mahupun dengan tertitisnya air mata kerana sedih berpunca dari masalah atau tekanan, pasti perasaan tenang itu hadir walaupun secara perlahan...

Bagaimana pula ingin merasai ketenangan tika gementar? Cara yang paling mudah genggamkan tangan anda, tariklah nafas sedalamnya dan kemudian lapaskan kedua-duanya....dan fikir secara satu demi satu....dan teratur....

Category: | 0 Comments

Untuk apa kita mengeluh dan merungut...mengeluh terlalu banyak tugasan kerja hingga tidak cukup masa untuk lakukan aktiviti lain. Lebih-lebih lagi sebagai seorang pelajar di peringkat tinggi. Merungut apabila setiap hari mesti hadiri perjumpaan kelab dan sebagainya....adakah wajar kita merungut dan mengeluh sedangkan itulah keputusan yang kita mahu sebelum berlakunya semua keadaan ini....

Jika kamu yang membuat keputusan untuk sambung belajar, maka perjuangkan lah...andai kata keluhan tiba-tiba menghantui diri, ingatlah semula bahawa BUKANKAH ITU PILIHAN MU?
tidak kira lah apa jua sungutan yang anda alami yang pasti berpunca dari diri anda, fikirkanlah jika bukan diri kamu yang dahulu yang kehendakinya.

Category: | 0 Comments

Penat perit yang dilalui tiada siapa yang tahu. Hendak mengadu tiada siapa pula yang mahu mendengar. Pernahkah anda lalui terfikir adakah ini satu gambaran erti sebuah kesengsaraan. Sebanarnya, kesengsaraan itu lah yang menjadi kan anda sentiasa berfikir untuk mengimpikan suatu kebaikan walaupun sekadar angan-angan.. aperlu kah kita membina sebuah angan-angan. PERLU! kerana angan-angan juga bagai sebuah mimpi yang membuat kn diri kita tidak berputus asa dan berkata HARUS BAGAIMANA LAGI.

Timbul kan persoalan ini kerana ia akan membuat anda berfikir untuk membuat diri anda terasa bahagia walaupun pedih didalam hati. Fikirkan......

Category: | 0 Comments

Perasaan tentang cinta kadang kala sering membuat kita berada dalam keaadaan emosi. Cemburu dan titisan air mata sering menjadi teman pada mereka yang mudah tersentuh hatinya. Pernah kah anda ketahui bahawa kadangkala apa yang anda alami tentang cinta berkait dengan lagu yang anda gemari. Disini skop yang lebih kecil mengenai hubungan cinta dan lagu akan diketengah kan:

  • Kajian menunjukkan bahawa penggemar lagu 'orang kurang kasih sayang' selalunya merupakan seorang yang sgt beremosi dalam cinta
  • Lagu-lagu ini juga merupakan punca individu itu berpewatakan seorang yang terlalu cemburu dan mudah menangis.
  • Tahukah anda obses pada lagu 'gambaran orang kurang kasih sayang' akan memberi impak pada cinta anda pada masa akan datang. Bermaksud isi tersirat dalam lagu tersebut bakal anda lalui kelak.
  • Namun, lagu sebegini mampu membentuk individu sebagai seorang yang romantik pada pasangannya.
  • Jika lagu ini sering diperdengarkan, ia akan memberi kesan pada minda sekaligus menunjukkan perlakuan anda dalam cinta.
Sebenarnya apa yang berlaku pada diri anda dalam cinta adalah kesan dari apa yang anda sering lakukan seharian dan berulang. Lebih-lebih lagi perlakuan anda terhadap lagu-lagu ini. Samada anda penggemar obses, biasa atau diluar dari kumpulan ini, ia pasti memberi kesan dalam cinta anda.

Maka kepada insan yang terlalu menggemari lagu ini, berwaspadalah dan JANGAN MENANGIS SAYANG.......

Category: | 1 Comment

Mengusung Rindu

Dalam hati ini ada namamu. Nama seorang insan yang aku rindu. Dalam jiwa ini ada sayangmu. Sayangnya dirimu tidak mengerti.Oooo hibanya.
Kalau tahu sakit begini tidak kubermain cinta. Kalau tahu pedih begini tidak aku menyintaimu . Pilu resah dihati ini mengusung rindu ku tak berdaya.

  • Bait-bait cinta diatas merupakan antara lagu yang menggambarkan orang kurang kasih sayang =)
  • apa yang ingin saya sampaikan disini mengenai kebahagiaan? nantikan.........


Category: | 0 Comments

14 Febuari telah menjadi satu sinonim simbol atau lambang hari kekasih. Remaja kini tidak kira bangsa dan agama pasti ingin merasai apa yang dikata kan Hari Kekasih. Meskipun ia haram disambut oleh agama islam, akibat dari kurangnya fahaman agama remaja ini berpeleseran seperti golongan dibarat.
Valentine Days walaupun pada dasarnya adalah tidak molek disambut oleh golongan islam kerana bertentangan dengan agama, sebenarnya jika remaja ini terlalu obses ia sebenarnya boleh ditukar kepada sekadar hari memperingati atau menghargai pada pasangannya, bukan dengan melakukan sesuatu yang diluar agama.
Apa yang menariknya pada 14 feb 2010, pertama kali saya sendiri keluar bersama seorang rakan saya yang beragama kristian. Dengan bersahaja saya bertanyakan kepadanya mengapa perlu Hari Kekasih ini disambut. Mengikut pandangan dari agamanya, hari ini hari yang perlu kita tunjukkan yang kita sangat menghargai dan menyayangi kekasihnya dengan membawanya bersiar-siar dan memberikan nya hadiah. Jika sekilas didengar memang tiada salahnya, mahupun begitu kita sebagai umat islam haruslah memperbetulkan niat bahawa andaikata pertemuan yang ingin dibuat pada hari tersebut juga, hendaklah ditetapkan niat nya bukan kerana Valentine Days tapi sekadar sebuah pertemuan dan yang penting menjaga batasan perhubungan serta pergaulan.
Secara kesimpulannya pada pandangan saya Valentine Days seharusnya tidak perlu disambut apatah lagi golongan remaja islam kini amat lemah imannya.
Bagaimanapun selamat berbahagia dengan pasangan anda tanpa Valentine Days!

Category: | 0 Comments

Personas for Firefox | Pink Radiance

Posted using ShareThis

Category: | 0 Comments

Pernahkah anda terfikir tentang diri anda? sejauh mana kemampuan serta kebolehan diri anda? Kita sering melihat dan menilai diri orang lain... tp bagaimana pula dengan diri kita.

Menilai potensi diri amat penting bagi membentuk diri kita menjadi yang lebih sempurna. Jadi bagaimana potensi diri ini boleh diketahui dan dinilai?
Antara cara yang boleh kita gunakan adalah melalui muhasabah diri. Muhasabah juga dapat diertikan dengan merenung dan memikirkan tentang diri sendiri. Dalam Islam juga ada menyebut bahawa bangunlah kamu ditengah malam dan bertahjud lah. Biasanya, muhasabah dapat dilakukan dengan sempurna dan baik tika kita berada ditempat yang sunyi dan jauh dari sebarang gangguan.

Potensi diri juga dapat diketahui melalui penilaian atau pemerhatian dari orang lain. Namun melalui cara ini, anda haruslah berhati-hati! Jangan sampai tersilap orang sbg penilai diri anda. Kerana anda lebih tahu siapa diri anda.

Bukan itu sahaja, kecanggihan dalam menilai diri juga meningkat dengan kecanggihan dunia. Metafizik! walaupun ia telah lama wujud,namun hari demi hari pelbagai prospeks telah dapat diselongkarkan. Melalui kajian yang menyeluruh dari tarikh lahir,nama mahupun minat diri. Kerjaya dan masa depan dapat dinilai untuk menjadikan hidup ini adalah yang terindah dan baik.

Jadi....marilah kita menilai dan ketahui sejauh mana potensi diri sebelum kita tersilap langkah dan menyesal dikemudiannya....selamat beramal

Category: | 0 Comments

Keharmonian negara adalah penting. Kita sebagai rakyat yang berbilang kaum sudah pasti amat menjaga perihal ini. Maruah negara adalah tanggungjawab semua. Usah jadikan isu penaklukan kuasa oleh pelbagai parti menjadi titik permulaan pihak luar menguasai negara. jangan jadikan sejarah penjajahan dulu berulang kembali seperti pada zaman Kesultanan Tengku Mahmud dan bendaharanya. Kita sedang diteropong oleh ramai pihak luar yang mencemburui keharmonian negara yang kita miliki. Kekalkanlah apa yang pemimpin kita usahakan demi negara. Hargailah perlembagaan yang telah mereka aturkan kerana disitulah bermulanya era kegemilangan kita => Salam Satu Gagasan Malaysia!

Category: | 1 Comment

Adakah anda pernah mengetahui sesuatu yang amat digeruni bakal di alami oleh generasi manusia pada zaman serba teknologi dan canggih kelak? Pernahkah anda alami walaupun hidup ini serba mudah dengan kecanggihan seperti teknologi telefon, komputer dan robotik, sebenarnya anda masih merasakan suatu tekanan dalaman yang hebat?

Dalam sebuah kajian yang telah dijalankan, prestasi manusia menjadi tidak siuman akan meningkat seiring dengan teknologi yang semakin membangun. Kita mungkin di antaranya!
Tanpa kita sedari, dalam perjalanan ini penyesuaian dan keseimbangan dalam diri adalah penting.

Tidak kiralah tika ini kita sibuk dengan urusan perniagaan, pelajaran mahupun hal keluarga. Hargailah diri sendiri sebelum ia menjadi mangsa kecanggihan serta kesibukan dunia =)

Category: | 0 Comments

Hidup ini kekadang tidak diduga apa yang akan terjadi. Apa yang menyedihkan apabila perkara yang tidak di ingini sentiasa menimpa. Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan,bagi melahirkan tiap hari yang mendatang adalah suatu yang bermakna dan bahagia. Apa yang harus kita lakukan??

Nantikan........... =)



Category: | 0 Comments

Rentak Mood Anda : tekan nod piono atau mainkan drum ini !


ButtonBeats.com

Khas Untuk Renungan Dalam Erti Sahabat

My Own Ringtones