Subscribe RSS

neversay good bye...

Pernahkah anda terfikir tentang diri anda? sejauh mana kemampuan serta kebolehan diri anda? Kita sering melihat dan menilai diri orang lain... tp bagaimana pula dengan diri kita.

Menilai potensi diri amat penting bagi membentuk diri kita menjadi yang lebih sempurna. Jadi bagaimana potensi diri ini boleh diketahui dan dinilai?
Antara cara yang boleh kita gunakan adalah melalui muhasabah diri. Muhasabah juga dapat diertikan dengan merenung dan memikirkan tentang diri sendiri. Dalam Islam juga ada menyebut bahawa bangunlah kamu ditengah malam dan bertahjud lah. Biasanya, muhasabah dapat dilakukan dengan sempurna dan baik tika kita berada ditempat yang sunyi dan jauh dari sebarang gangguan.

Potensi diri juga dapat diketahui melalui penilaian atau pemerhatian dari orang lain. Namun melalui cara ini, anda haruslah berhati-hati! Jangan sampai tersilap orang sbg penilai diri anda. Kerana anda lebih tahu siapa diri anda.

Bukan itu sahaja, kecanggihan dalam menilai diri juga meningkat dengan kecanggihan dunia. Metafizik! walaupun ia telah lama wujud,namun hari demi hari pelbagai prospeks telah dapat diselongkarkan. Melalui kajian yang menyeluruh dari tarikh lahir,nama mahupun minat diri. Kerjaya dan masa depan dapat dinilai untuk menjadikan hidup ini adalah yang terindah dan baik.

Jadi....marilah kita menilai dan ketahui sejauh mana potensi diri sebelum kita tersilap langkah dan menyesal dikemudiannya....selamat beramal

Category: | 0 Comments

Keharmonian negara adalah penting. Kita sebagai rakyat yang berbilang kaum sudah pasti amat menjaga perihal ini. Maruah negara adalah tanggungjawab semua. Usah jadikan isu penaklukan kuasa oleh pelbagai parti menjadi titik permulaan pihak luar menguasai negara. jangan jadikan sejarah penjajahan dulu berulang kembali seperti pada zaman Kesultanan Tengku Mahmud dan bendaharanya. Kita sedang diteropong oleh ramai pihak luar yang mencemburui keharmonian negara yang kita miliki. Kekalkanlah apa yang pemimpin kita usahakan demi negara. Hargailah perlembagaan yang telah mereka aturkan kerana disitulah bermulanya era kegemilangan kita => Salam Satu Gagasan Malaysia!

Category: | 1 Comment

Adakah anda pernah mengetahui sesuatu yang amat digeruni bakal di alami oleh generasi manusia pada zaman serba teknologi dan canggih kelak? Pernahkah anda alami walaupun hidup ini serba mudah dengan kecanggihan seperti teknologi telefon, komputer dan robotik, sebenarnya anda masih merasakan suatu tekanan dalaman yang hebat?

Dalam sebuah kajian yang telah dijalankan, prestasi manusia menjadi tidak siuman akan meningkat seiring dengan teknologi yang semakin membangun. Kita mungkin di antaranya!
Tanpa kita sedari, dalam perjalanan ini penyesuaian dan keseimbangan dalam diri adalah penting.

Tidak kiralah tika ini kita sibuk dengan urusan perniagaan, pelajaran mahupun hal keluarga. Hargailah diri sendiri sebelum ia menjadi mangsa kecanggihan serta kesibukan dunia =)

Category: | 0 Comments

Hidup ini kekadang tidak diduga apa yang akan terjadi. Apa yang menyedihkan apabila perkara yang tidak di ingini sentiasa menimpa. Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan,bagi melahirkan tiap hari yang mendatang adalah suatu yang bermakna dan bahagia. Apa yang harus kita lakukan??

Nantikan........... =)



Category: | 0 Comments

Rentak Mood Anda : tekan nod piono atau mainkan drum ini !


ButtonBeats.com

Khas Untuk Renungan Dalam Erti Sahabat

My Own Ringtones