Pernahkah anda terfikir tentang diri anda? sejauh mana kemampuan serta kebolehan diri anda? Kita sering melihat dan menilai diri orang lain... tp bagaimana pula dengan diri kita.
Menilai potensi diri amat penting bagi membentuk diri kita menjadi yang lebih sempurna. Jadi bagaimana potensi diri ini boleh diketahui dan dinilai?
Antara cara yang boleh kita gunakan adalah melalui muhasabah diri. Muhasabah juga dapat diertikan dengan merenung dan memikirkan tentang diri sendiri. Dalam Islam juga ada menyebut bahawa bangunlah kamu ditengah malam dan bertahjud lah. Biasanya, muhasabah dapat dilakukan dengan sempurna dan baik tika kita berada ditempat yang sunyi dan jauh dari sebarang gangguan.
Potensi diri juga dapat diketahui melalui penilaian atau pemerhatian dari orang lain. Namun melalui cara ini, anda haruslah berhati-hati! Jangan sampai tersilap orang sbg penilai diri anda. Kerana anda lebih tahu siapa diri anda.
Bukan itu sahaja, kecanggihan dalam menilai diri juga meningkat dengan kecanggihan dunia. Metafizik! walaupun ia telah lama wujud,namun hari demi hari pelbagai prospeks telah dapat diselongkarkan. Melalui kajian yang menyeluruh dari tarikh lahir,nama mahupun minat diri. Kerjaya dan masa depan dapat dinilai untuk menjadikan hidup ini adalah yang terindah dan baik.
Jadi....marilah kita menilai dan ketahui sejauh mana potensi diri sebelum kita tersilap langkah dan menyesal dikemudiannya....selamat beramal
neversay good bye...
Category: | 0 Comments
0 comments to “Mengenal Potensi Diri”