Subscribe RSS

neversay good bye...

14 Febuari telah menjadi satu sinonim simbol atau lambang hari kekasih. Remaja kini tidak kira bangsa dan agama pasti ingin merasai apa yang dikata kan Hari Kekasih. Meskipun ia haram disambut oleh agama islam, akibat dari kurangnya fahaman agama remaja ini berpeleseran seperti golongan dibarat.
Valentine Days walaupun pada dasarnya adalah tidak molek disambut oleh golongan islam kerana bertentangan dengan agama, sebenarnya jika remaja ini terlalu obses ia sebenarnya boleh ditukar kepada sekadar hari memperingati atau menghargai pada pasangannya, bukan dengan melakukan sesuatu yang diluar agama.
Apa yang menariknya pada 14 feb 2010, pertama kali saya sendiri keluar bersama seorang rakan saya yang beragama kristian. Dengan bersahaja saya bertanyakan kepadanya mengapa perlu Hari Kekasih ini disambut. Mengikut pandangan dari agamanya, hari ini hari yang perlu kita tunjukkan yang kita sangat menghargai dan menyayangi kekasihnya dengan membawanya bersiar-siar dan memberikan nya hadiah. Jika sekilas didengar memang tiada salahnya, mahupun begitu kita sebagai umat islam haruslah memperbetulkan niat bahawa andaikata pertemuan yang ingin dibuat pada hari tersebut juga, hendaklah ditetapkan niat nya bukan kerana Valentine Days tapi sekadar sebuah pertemuan dan yang penting menjaga batasan perhubungan serta pergaulan.
Secara kesimpulannya pada pandangan saya Valentine Days seharusnya tidak perlu disambut apatah lagi golongan remaja islam kini amat lemah imannya.
Bagaimanapun selamat berbahagia dengan pasangan anda tanpa Valentine Days!

Category: | 0 Comments

Personas for Firefox | Pink Radiance

Posted using ShareThis

Category: | 0 Comments

Rentak Mood Anda : tekan nod piono atau mainkan drum ini !


ButtonBeats.com

Khas Untuk Renungan Dalam Erti Sahabat

My Own Ringtones